Tuesday, 3 July 2012

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS

 Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. 
Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

 Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran. 
 Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan Khas.

 Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas

1926
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka
1931
Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru
1953
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang
1958
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)
1962
Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah 
1963
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas
1977
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu

1978
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu
Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran
1979
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan
1983
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran
1984
Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille, Kementerian Pendidikan
1987
Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
1988
Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran
1994
Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah
1995
Program  Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan



 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam negara

Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang disediakan.

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusan  perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia


Peristiwa
1988
- Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih).

-  Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 
1990
-   Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah
    Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari   
    kelas-kelas percantuman telah diuji.
-    Mesyuarat  menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti
    Malaya.
1991
- Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.
1992
- Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat.


1993
- Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.  Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.
1995
-  Pendidikan Inklusif bermula.


1996
- Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
2006
-  Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.


SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law  1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk  menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas.  Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran.  Undang-undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa

  Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara.  Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.  Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini.  Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.  Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas.  Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi  bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.  Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.  Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock.  Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.
.  





1.2         Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar negara

Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme, sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut;

a).        Terencat akal
            Ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu:
1.     A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M)
2.    The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M)
3.    Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M)
4.    Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M)
5.    Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M)
6.    On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M)
7.    A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M
8.    Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M)
9.    From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang).

b).        Autisme

Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”.
·         Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah                 
            perkembangan.
·         Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa daripada aspek masalah sosial, tidak mempunyai pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.

c)            Sindrom Down
·         Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman.
·         Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon   
            Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down.
·         Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome mungkin  disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom.
·         Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan kromosom.

d)            Masalah tingkah laku dan emosi
·         Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada    tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London.
·         Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis  telah mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman.
·         Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai  “Father of American Psychiatrist” mencadangkan lebih kepada kaedah kasih  sayang untuk kanak-kanak ini.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment