Thursday 5 July 2012

Definisi Pelbagai Kecacatan

Masalah Pelbagai Kecacatan

Individual Disabilities Education Act  mendefinisikan kepelbagaian kecacatan ialah kecacatan yang wujud atau hadir  pada seseorang individu itu secara seiring atau bersama. Gabungan  masalah ini menyebabkan kurikulum pembelajaran mereka tidak boleh digabungkan  dan dimasukkan dalam program pendidikan khas sebagai suatu kecacatan seperti kanak-kanak disleksia, hiperaktif  dan sindrom down kerana mereka lebih banyak kecacatan dan ketidak upayaan yang pelbagai.

Mempunyai pelbagai kecacatan sebagai contoh pekak- buta, spastik- kerencatan mental, terencat akal- cerebrum palsy dan sebagainya.kebiasaannya seseorang yang mempunyai pelbagai kecacatan akan menghadapi masalah dalam kognitifnya atau mental. Mereka mempunyai mobility yang terhad seperti penyesuaian diri terhadap persekitaran, bermasalah pembelajaran kerana hasil dari ketidak upayaan yang pelbagai, susah untuk mengaplikasikan apa yang dilihat dan dipelajari dalam aktiviti seharian kerana kekurangan diri dan pergerakan yang terbatas.

Definisi dan ciri-ciri Kerencatan akal kanak-kanak juga ialah  yang mempunyai daya pemikiran yang lebih rendah daripada daya pemikiran kanak-kanak normal, mereka mempunyai kebolehan IQ kurang daripada 50. Kepelbagaian kecacatan jugaboleh ditafsirkan sebagai mempunyai  kecacatan kognitif yang mendalam atau kurang upaya intelek sebagai contoh, kerencatan akal- buta,kerencatan akal-masalah otot atau tulang dan sebagainya.  kelewatan perkembangan sebagai kecacatan Fizikal, kognitif, komunikasi/ pertuturan, sosial, emosi, adaptif iaitu lebih dari 1 kecacatan juga dikenali sebagai pelbagai kecacatan.

            Kesannya boleh dilihat terhadap komunikasi, pembelajaran dan perkembangan lain kerana  mereka  memerlukan pendidikan yang berbeza daripada program pendidikan khas yang sedia ada . Sebgai contoh lagi masalah penglihatan dan kerencatan akal memerlukan rancangan yang sistematik, spesifik dan efektif bagi mengatasi masalah yang dihadapi kanak-kanak pelbagai kecacatan.  Perkembangan persepsi  iaitu  proses mengumpul dan menggabungkan asas pengalaman sensori secara berperingkat melalui latihan yang spesifik dan berterusan bagi menghasilkan sesuatu yang mantap dan matang untuk membantu kanak-kanak ini
.           Penggunaan konsep ruang, pemahaman bentuk, pengamatan mempengaruhi pkembangan kognitif  Kanak-kanak kurang upaya pelbagai mempunyai gabungan pelbagai ketidakupayaan yang mungkin termasuk pertuturan, pergerakan fizikal, pembelajaran, kecacatan akal, penglihatan, pendengaran, kecederaan otak dan mungkin lain-lain. Mobiliti fizikal selalunya akan menjadi kawasan keperluan. Pelajar-pelajar ini mungkin mempunyai kesukaran mencapai dan mengingat kemahiran dan atau memindahkan kemahiran ini dari satu keadaan kepada yang lain. Sokongan biasanya diperlukan melampaui batasan bilik darjah. Sering terdapat implikasi perubatan dengan lebih teruk kurang upaya pelbagai yang boleh termasuk pelajar dengan cerebral palsy dan autisme yang teruk dan kecederaan otak.

Kanak-kanak pelbagai kecacatan ini kebanyakanya memerlukan sokongan tambahan daripada guru pendidikan khas, ibu bapa sediri, pembantu pengurusan murid (ppm) dan pekerja social. Hal ini kerana mereka mempunyai pelbagai kekurangan dari segi mobility dan kemahiran motor halus dan kasar.

Mc donell dan hardman 2003 mendefinisikan kanak-kanak pelbagai kecacatan ialah mereka yang mempunyai skill hidup yang terhad, keupayaan yang terhad dan susah untuk menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran seperti kanak-kanak lain.
Hunt dan Goetz 1997 pula menyatakan murid yang mempunyai ketidakupayaan yang signifikan  boleh melakukan aktiviti seharian seperti mereka yang tipikal.

Tash 2000 pula mendefinisikan individu dengan ketidak upayaan pada peringkat umur, agama,dan jantina amat memerlukan sokongan lebih daripada satu atau lebih sokongan hidup dan melibatkan diri dengan komuniti. Sokongan yang diperlukan ialah keupayaan untuk bergerak , berkomunikasi, penjagaan diri, pembelajaran seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ware 1987 menulis kepelbagaian kecacatan bermaksud seseorang yang mempunyai dua atau lebih kecacatan dalam sesuatu masa. Beliau juga menyatakan mereka mempunyai IQ kurang dari 20 merujuk kepada WHO. Mereka juga memerlukan pendekatan yang khas untuk berkembang dan meneruskan kehidupan mereka seharian. Kanak-kanak ini juga mempunyai masalah dalam motor halus motor kasar, masalah deria dan mempunyai masalah kesihatan yang teruk.  

Definisi Autism

Definisi Autism

Buku terbitan PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd. “APA ITU AUTISM” yang ditulis oleh K.A.RAZHIYAH membawa pembaca mengenali kanak-kanak autism dengan lebih dekat lagi. Autism berasal daripada perkataan  Greek iaitu autos yang membawa maksud diri sendiri dan isme yang bermaksud suatu aliran. Selain itu, autism ini juga merupakan keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak Autism mempunyai imaginasi yang tinggi sehinggakan kanak-kanak tipikal tidak dapat memikirkannya. Hal ini menyebabkan mereka lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan orang lain.

            Selain itu, Autism adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa. Punca kepada masalah ini masih lagi tidak diketahui. Antara contoh tingkah laku yang luar biasa ialah tingkah laku yang berulang-ulang (repetitive behaviours) seperti menggoyangkan badan,  pukul tangan dan sebagainya. Kanak-kanak Autism mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadang kala mereka tidak faham apa yang dilihat dan apa yang didengar. Contohnya, sekiranya kita bertanya nama mereka, mereka tidak tahu apa itu nama dan tidak mengendahkan apa yang kita cakapkan.

            Dapatan daripada internet pula mendefinisikan Autism sebagai satu gangguan perkembangan yang kompleks yang gejala-gejalanya meliputi perbezaan dan ketidakmampuan dari dalam pelbagai bidang seperti kemampuan komunikasi, sosial, kemampuan motor kasar, motor halus dan kadang kala kemampuan intelektual. Mereka dikatakan tidak tahu cara yang betul untuk berkomunikasi seperti kanak-kanak tipikal kerana mempunyai masalah sosial yang teruk. Sesetengah kanak-kanak Autism mempunyai kemampuan intelektual yang sangat mengagumkan tetapi mengikut apa yang mereka suka dan ada juga yang mempunyai kemampuan intelektual yang teruk di mana mereka suka menyendiri dan sangat pasif. Mereka tidak boleh mengubah benda yang mereka suka jka diubah masalah tingkah laku akan berlaku.

            Jurnal AUTISM : SATU PENGENALAN oleh Vijayen Gopal, Jabatan Pengajian Melayu menyatakan bahawa Autism ialah satu fenomena yang baru di Malaysia berbanding dengan perkembangan bidang ini di Negara-negara Barat. Eugen Blueler ialah orang yang pertama sekali menggunakan perkataan autism yang merujuk kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar. Kini, istilah autism merujuk developmental disorder atau masalah perkembangan. Mereka yang mengalami Autism ini tidak bergaul dengan orang lain hanya berada dalam dunia mereka sahaja.

Menurut kamus perubatan, autism ialah penyerapan dalam fantasi sebagai pelarian daripada reality. Definisi ini lebih merujuk kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak Autism. Selain itu, menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder, 1994 :
“Autism is considered to be a pervasive developmental disorder of the brain functions which prevents a person from organizing and understanding information transmitted by their senses. It can cause a person to withdraw into own self and can affect social interactions with the outside world dramticall.”
Melalui definisi di atas ternyata bahawa autism ialah satu fenomena yang serius dan akan tetap wujud pada mereka yang autism sehingga ke akhir hayat walaupun perubahan tingkah laku positif boleh berlaku. Menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder lagi autism ialah sejenis keadaan ketidakupayaan yang agak serius terhadap perkembangan yang amat ketara dalam tiga tahun pertama dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Autism juga dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi. Kadar kejadian autism ialah 16 kes dalam 10,000 kelahiran.

Autism didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia (NASOM) :
Autism adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu Autism mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain.”

Definisi Sindrom Down

Definisi Sindrom Down

Menurut kamus, perkataan sindrom membawa maksud kehadiran gejala dan tanda yang menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Istilah Sindrom Down ini diambil sempena nama seorang doktor berbangsa Inggeris yang bernama Dr. John Langdon Handon Down. Beliau merupakan orang pertama yang telah menjelaskan keadaan serta tanda dan gejala penyakit genetik ini pada tahun 1866.

            Di Malaysia, kelahiran bayi Sindrom Down yang berlaku adalah satu dalam setiap 660 bayi. Secara perbandingan, kelahiran bayi Sindrom Down di Amerika Syarikat hanya berlaku satu dalam setiap 1000 bayi. Hal ini bermakna kelahiran bayi Sindrom Down di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat.

Definisi Sindrom Down dari sumber yang lain menyatakan:
          "Down Syndrome is the most common and readily identifiable chromosomal condition associated with intellectual disabilities. It is caused by a chromosomal abnormality: for some unknown reason, an accident in cell development results in 47 instead of the usual 46 chromosomes. This extra chromosomes changes the orderly development of the body and brain. In most cases, the diagnosis of Down Syndrome is made according to results from a chromosome test administered shortly after birth"
            Sindrom Down adalah suatu kumpulan gejala akibat daripada abnormalitas atau ketidaknormalan kromosom. Biasanya kromosom 21yang tidak berhasil memisahkan diri selama meiosis sehingga terjadi individu dengan 47 kromosom. Dalam kandungan ibu, anak akan menerima 46 kromosom iaitu 23 kromosom daripada ibu dan 23 kromosom lagi adalah daripada bapa. Dalam kes Sindrom Down ini, anak akan menerima satu kromosom lebih iaitu pada kromosom 21. Seterusnya, menjadikan jumlah kromosom semuanya adalah 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom.
            Sindrom Down merupakan kelainan kromosom autosomal yang paling banyak terjadi pada manusia dan menjadi punca terencat akal. Punca yang mendorong terjadinya penyakit genetik Sindrom Down ini adalah berkaitan dengan faktor umur ibu semasa mengandung. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan menunjukkan lebih 50%  kanak-kanak Sindrom Down adalah dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas. Kanak-kanak Sindrom Down dapat dikesan sejak lahir kerana fizikal mereka jelas memaparkan kategori itu. Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down mengalami terencat akal, sama ada ringan ataupun sederhana.
            Sindrom Down adalah kecacatan kromosom yang bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia samada keseluruhan (trisomi21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor persekitaran, dan peluang rawak. Terdapat tiga jenis genetik yang menyumbang kepada Sindrom Down yang perlu diketahui. Tiga jenis Sindrom Down itu ialah trisomi 2, Sindrom Down Mosaik, dan translokasi Robertsonian.

a) Trisomi 21
Trisomi 21disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat kegagalan ini, gamate (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan kromosom 21. Akibat penambahan kromosom ini menjadikan gamate mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal dari pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom dengan tiga salinan pada kromosom 21. Trisomi 21adalah punca sekitar 95% Sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.

b) Sindrom Down Mosaik
Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam badan terjejas. Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai Sindrom Down Mosaik. Keadaan ini boleh berlaku dengan dua cara. Samada dalam keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21 atau embrio Sindrom Down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Ini merupakan 1-2% daripada Sindrom Down yang dikaji.

c) Translokasi Robertsonian
Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan Sindrom Down mungkin disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Translokasi melibatkan pemindahan materi kromosom dari satu kromosom ke kromosom yang lain. Translokasi dapat merupakan Robertsonian atau timbal balik. Translokasi ini terjadi dengan frekuensi satu dalam setiap 500 kelahiran bayi hidup. Dapat diwariskan daripada orang tua.
            Translokasi Robertsonian melibatkan 2 kromosom akrosentris (sentromer terletak pada hujungnya) kromosom yang berfungsi dekat pusat sentromer dengan lebih lanjut kehilangan kedua-dua lengan pendek kromosom dan lengan panjangnya membentuk kromosom baru. Sindrom Downtranslokasi sering kali dirujuk sebagai sindrom Down familial. Ia merupakan punca 2-3% daripada kes Sindrom Down yang dikaji. Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan oleh usia ibu dan berkemungkinan juga disebabkan oleh bapa atau ibu.


Definisi Kerencatan Akal

Definisi Kerencatan Akal (Mental Retarded)

Kerencatan akal merupakan salah satu keadaan di mana seseorang individu tidak dapat mengawal atau menggunakan sebahagian otot tubuh dalam keadaan yang normal. Hal ini berlaku disebabkan oleh berlaku kerosakan pada bahagian otak. Secara tidak langsung, kerosakan pada otak tersebut menyebabkan seseorang individu mengalami kurang upaya perkembangan dan kerencatan intelek. Apa yang paling penting untuk diketahui adalah kerencatan akal boleh dikesan dalam usia 18 tahun ke bawah. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, nisbah manusia normal berpotensi menghidapi masalah kerencatan akal adalah 3 : 100. Manakala, nisbah bagi kanak-kanak berkeperluan khas pula adalah 1 : 10. Umumnya, kanak-kanak yang mengalami masalah kerencatan akal ini mempunyai tahap IQ (Intelligent Quotient) yang kurang daripada 70. Ini jelas menunjukkan bahawa sisihan piawai dan peratusan kecerdasan intelek kanak-kanak tersebut masing-masing adalah  negatif tiga (-2) dan 13.59% dan mungkin kurang daripada nilai itu. Dalam hal ini, terdapat beberapa definisi yang mentakrifkan makna kerencatan akal.

The Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) pada tahun 2004 menyatakan bahawa,

“ Mental retardation is a significantly subaverage general intellectual functioning existing concurrently with deficits in adaptives behaviour and manifested during the developmental period that adversely affect a child’s educational performances.”
                           (The Individuals with Disabilities Educational ACT : 2004)

Berdasarkan definisi di atas, dapat kita fahami bahawa kerencatan akal adalah suatu keadaan di mana fungsi intelek seorang kanak-kanak berada di bawah nilai purata intelek yang biasa dan wujud dengan ketara.  Ia berlaku serentak dengan kemerosotan tingkah laku adaptif dan dimanifestasikan semasa tempoh perkembangan seterusnya mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh itu, jika seseorang kanak-kanak mempunyai nilai kecerdasan intelek (IQ) di bawah nilai purat biasa tetapi tidak berlku kemerosotan tingkah laku adaptif, maka mereka tidak boleh dikategorikan sebagai terncat akal dan begitu juga sebaliknya. Tingkah adaptif pula merujuk kepada tingkah laku yang boleh memenuhi norma kehidupannya seperti menguruskan diri sendiri.

 Menurut Dr Iean Hamzah Sendut dan Prof Dr Zulkifli pula, mereka berpendapat bahawa,

            “kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai keupayaan pemikiran yang rendah dan berkurang serta bermasalah dalam pembelajaran. Bagi yang berada di tahap teruk (severe), mereka tidak boleh berjalan, bercakap dan menguruskan diri. Bagi yang berada di tahap sederhana (moderate) pula, mereka menghadapi masalah untuk belajar menguruskan menguruskan diri.”
                                                                          (Malaysian Pediatric Association)

Menurut pendapat di atas pula, kanak-kanak terncat akal adalah mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan keupayaan kanak-kanak tipikal. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berada di tahap ringan (mild), keupayaan mereka boleh ditingkatkan jika intervensi dilakukan secara konsisten walaupun memakan masa yang lama dan bagi sangat teruk (profound), pemulihan secara khusus perlu dilakukan kerana kanak-kanak yang berkaitan benar-benar tidak berkeupayaan dari segi intelek dan tingkah laku pengurusan diri.
            
Selain itu, American Association on Mental Retardation (AAMR) mendefinisikan kerencatan akal sebagai,

“ Mental retardation is a significant character disabilities on intellectual functioning and adaptives behaviour.”
(Definition and Terminology : Luckasson, Bortwick, Buntinx, Craig and Reeve et al)

Sehubungan itu, kerencatan merupakan satu masalah apabila ketidakupayaan karakter berlaku serentak dengan kurang upaya dalam tingkah laku adaptif. Jelas di sini, masalah kerencatan adalah berkaitan dengan kefungsian otak. Apabila otak tidak dapat berfungsi dengan baik atau berlaku gangguan pada sistem saraf otak (neurological disorder), risiko untuk seorang kanak-kanak menjadi terencat akal adalah sangat besar.

Berdasarkan ketiga-tiga definisi di atas, dapat simpulkan bahawa kerencatan akal disebabkan oleh kegagalan fungsi otak. Kesannya, fungsi mental seorang kanak-kanak akan menjadi terbatas lalu menimbulkam masalah pengawalan emosi. Emosi menjadi tidak seimbang sehingga menyukarkan individu yang terencat akal untuk bergaul dengan individu lain. Malah, gangguan kognitif turut berlaku di mana mereka akan lambat untuk menerima maklumat yang disampaikan dan sukar untuk memahami konsep yang kompleks. Jadi, mengenalpasti sama ada seorang kanak-kanak adalah terncat akal adalah sangat penting agar mereka boleh diberi pendidikan yang sesuai dengan tahap intelek masing-masing.

Tuesday 3 July 2012

MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN


Definisi
                
            Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran. Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan fizikal, intelek, emosi dan sosial.

            Murid-murid ini juga mempunyai keistimewaan yang berbeza dari segi bakat, kebolehan dan kemampuan, seterusnya memerlukan program pendidikan khas untuk mengoptimakan potensi mereka.

            Kementerian Pendidikan malaysia mendefinisikan Murid dengan Keperluan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah merupakan golongan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan  yang boleh mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan- kebolehan berikut:

a.       Kebolehan kognitif
b.      Tingkah laku sosial/ perkembangan sosial
c.       Penguasaan membaca
d.      Penguasaan bahasa lisan/ pertuturan
e.       Kemahiran perkembangan
f.       Kemahiran Matematik

2.3.2 Jenis-jenis bermasalah pembelajaran

            Murid-murid bermasalah pembelajaran dikategorikan kepada:

Ó  Sindrom Down
Ó  Autisme
Ó  Haiperaktif
Ó  Terencat akal
Ó  Disleksia
Ó  Pintar cerdas
Ó  Masalah pertuturan
Ó  Masalah Emosi
Ó  Spina Bifida
Ó  Masalah tingkah Laku

2.3.3 Ciri-ciri bermasalah Pembelajaran

            Ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pemobelajaran dapat dibahagikan kepada ciri-ciri umum dan ciri-ciri mengikut kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

            Ciri –ciri umum kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga ciri utama iaitu:



a.       Ciri-ciri fizikal

Ó  Bentuk badan, berat badan, dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

b.      Ciri-ciri intelek

Ó  Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang generalisasi, kemahiran bahasa, kebolehan dalam bidang pengamatan dan pengkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif

Ó  Kesedian belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun lebih.

c.       Ciri-ciri sosial dan peribadi

Ó  Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
Ó  Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka.
Ó  Sikap dan nilai sosial mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa
Ó  Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

MURID-MURID MASALAH PENDENGARAN


 Definisi

            Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami. Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain

 Jenis-jenis masalah pendengaran

            Masalah pendengaran dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

a)      Separuh pekak

Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka rosak tetapi ianya masih terdapat sisa pendengaran. Biasanya deria dengar mereka masih boleh berfungsi sama ada dengan bantuan alat pendengaran atau tidak (Brill, Mac Neil & Newman, 1986)

b)     Pekak

Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi langsung. Kecacatan diperolehi sama ada sebelum, semasa atau selepas kelahiran. (Brill, Mac Neil & Newman,1986)

Darjah Kepekakan


            Menurut Paul dan Quigley (1990) seseorang yang kurang upaya pendengaran tidak dapat menggunakan pendengarannya, memahami pertuturan walaupun mereka mempunyai sisa pendengaran.

            Menurut Northem dan Lemme (1982) untuk memahami pertuturan kita hanya perlu 10-15 dB (desible) kekuatan bunyi yang didengar berbanding bunyi persekitaran.

            Terdapat enam peringkat (kategori) kurang upaya pendengaran menurut Daniel P. Hallahan dan James Kauffman (1997) iaitu:

DARJAH
KATEGORI
TAHAP PENDENGARAN
PENAMPATAN
> 26 dB
Normal
Bo;eh mendengar
Sekolah biasa
27-40 dB
Sedikit
Boleh mendengar bunyi vokal tetapi mungkin tidak menyedari beberapa bunyi konsonan.
Sekolah biasa dengan menggunakan alat bantu mengajar.
41-55 dB
Ringan atau sederhana
Dapat mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang kuat sahaja . Boleh dengan pertuturan pada jarak 3-5 kaki.
Perlu perhatian sekolah biasa dengan alat bantu mendengar yang ada guru khas. Di tempat
56-70 dB
Sederhana teruk
Tidak dapat mendengar bunyi pertuturan dalam perbualan biasa
Di tempatkan di sekolah bercantum/ kelas khas
71-90 dB
Teruk
Tidak dapat mendengar bunyi-bunyi pertuturan
Di tempat di sekolah bercantum/ kelas khas
91 dB ke atas
Sangat teruk
Tidak dapat mendengar langsung bunyi-bunyi pertuturan atau lain-lain.
Menghadapi masalah kerencatan bahasa. Kesukaran bahasa dan tidak dapat beri perhatian sepenuhnya.


 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran

            Panduan mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah pendengaran ialah:

                               I.            Kurang memberi perhatian
                            II.            Susah mengikut arahan
                         III.            Kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang memerlukan perbincangan atau banyak memerlukan pertuturan
                         IV.            Memerlukan bantuan daripada rakan-rakan
                            V.            Selalu berkhayal
                         VI.            Cara percakapan yang janggal


 Kaedah Pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran

a)      Strategik pengajaran dan pembelajaran Bahasa
(Early Language Intervention, 2nd – McCormick & Schiefelbush 1993)

Ó  Kajian “mother-infant interaction” menunjukkan kanak-kanak bermasalah pendengaran (kcp) mampu berinteraksi sejak dari lahir.
Ó  Kanak-kanak bermasalah pendengaran (kcp) membina bahasa melalui “ritualized games dan activities that are based on shared attention”(walaupun tidak dapat mendengar, kcp membuat pemerhatian-pemerhatian “perceive” terhadap pergerakan badan, mata, gerak muka dan “gesture”
Ó  Tahun kedua dan seterusnya kcp mula bermasalah untuk berkomunikasi kerana perhubungan lebih banyak menggunakan “auditory-verbal”
Ó  Perkembangan bahasa adalah melalui proses interaksi antara kanak-kanak bermasalah pendengaran (kcp) dengan persekitaran mereka. “Communication competence leads to linguistic competence”
Ó  Kebanyakan pembelajaran bahasa berlaku secara “informal’ (Rice 1989). Strategi yang boleh digunakan:

1.      Gunakan pengetahuan “nonlinguistic” untuk menerang sesuatu. Terapkan “cognitive behavior change strategy”
2.      “Rare-Event Learning Mechanisma (RELM) – the young child’s tendency to selectively attend to, analyze, and remember conversational experiences that will promote language acquisition”.
3.      Berikan tumpuan terhadap objek-objek yang menarik perhatian kcp.- “what particular objects, events and relations a childfinds interesting will depend on his extant concepts”
4.      Fokus kepada kemahuan keperluan kcp. – “what a child choose to attend to and learn about determine what he will eventually talk about”.
5.      Banyakkan bersoal jawab. – “If you try to talk and especially if you ask questions, people will pay attention and talk back to you.”
6.      Modelling & imitation : “Modelling” ialah strategi pengajaran. “Imitation” adalah strategi pembelajaran.
7.      Gunakan “Operating Principles” yang diperkenalkan oleh Slobin, 1971.

*  beri tumpuan terhadap bunyi akhir perkataan
*  beri tumpuan terhadap susunan dan morfin perkataan
*  elakkan gangguan dan menyusun semula ayat “semasa” kcp berkomunikasi.
*  gunakan tatabahasa yang jelas dan konsisten.

Keutamaan bagi kcp, ialah memberi ransangan terhadap kesemua kemampuan pertuturan, bahasa dan komunikasi dab dalam semua keadaan yang “posibble” beri galakkan atau peluang untuk mempraktiskan kemahiran tersebut dalam “naturalistic setting”. Maksimumkan sumber maklumat kcp melalui deria penglihatan dan deria lain.

“Motivation” adalah merupakan perkara penting dalam pembelajaran- Bahasa. Teori-teori pembelajaran tingkah laku (behaviorist) mengaitkan motivasi dengan persekitaran – dengan memberikan rangsangan sesuatu perlakuan akan dapat kuasa dan dikukuhkan. Teori pembelajaran kognitif (cognitive) juga menghubungkan motivasi dengan sebab-sebab dalaman – dikaitkan dengan pemikiran kritikal.

b)      Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran

Ó  Analisis Tugas (Task Analisis)

Teknik TA menganggapkan pembelajaran boleh difasilitasikan jika pelajar mulai mempelajari tugas atau kemahiran asa (prerequisite) atau topik-topik kecil sebelum mempelajari keseluruhan topik pembelajaran.

Dengan mengajar topik-topik kecil atau kemahiran asa guru dapat menguji sejauh manakah pengetahuan yang telah dikuasai oleh murid sebelum meneruskan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi atau besar untuk mencapai objektif pelajaran.

Howell, Kaplan & O’Connell (1979) define TA as “the process of isolating, sequencing and descibing all of the essential components of a task. When the componenets have all mastered, the learner should be able to perform the task”

Prinsip penting TA ialah kebanyakan pelajaran adalah proses yang berperingkat-peringkat, setiap peringkat yang berikutnya adalah berdasarkan kepada kejayaan murid-murid menguasai peringkat sebelumnya.

Prosedur TA

Guru perlu memulakan dengan menetukan objektif pembelajaran yang ingin dikuasai. Guru juga perlu memastikan topik pelajaran sebelumnya telah dikuasai, khususnya bagi tajuk-tajuk pelajaran yang berhubungkait. Langkah-langkah adalah:

a.         Tentukan objektif pembelajaran (yang boleh dilihat/ diukur)
b.         Pecahkan kepada kemahiran-kemahiran kecil/ “subtask” (yang boleh dilihat dan diukur pencapaiannya)
c.         Susun “subtask” mengikut susunan daripada awal hingga ke akhir.
d.        Analisis setiap subtask. Pastikan pengetahuan “prerequisites” untuk melakukan setiap “subtask”.
e.         Bina carta aliran TA bagi menunjukkan objek utama pengajaran, “subtask” dan pengetahuan “prerequisite” yang diperlukan bagi setipa “subtask”. (rajah carta aliran TA)
f.          Bina “probe” untuk menguji pengetahuan bagi “subtask” penting. (Lihat contoh “probe” di lampiran)
g.         Terangkan langkah-langkah atau arahan berdasarkan carta aliran yang dibina.

Ó  Pembelajaran “mastery” (Mastery Learning- ML)

ML adalah kaedah pembelajaran yang dirangka untuk menghasilkan pembelajaran yang berjaya menerusi langkah-langkah kecil dan menyediakan pelajar dengan langkah-langkah pembetulan, latihan yang mencukupi dan masa pembelajaran yang secukupnya untuk membolehkan pelajar menguasai setiap langkah sebelum berpindah ke peringkat seterusnya.

“Kebanyakan pelajar mempunyai persamaan dari segi keupayaan belajar, motivasi untuk pembelajaran yang lebih jauh- sekiranya disediakan dengan kondisi pembelajaran yang sesuai”- Bloom, 1976.

“Kebanyakan elemen-elemen dalam kaedah Bloom’s Mastery Learning sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas”- Cole & Chan, 1993.
Elemen-elemen yang berkaitan:

                                                                                      i.            Perbezaan individu adalah produk atau hasil yang ditentukan oleh “sejarah” individu

- COGNITIVE ENTRY BEHAVIOR (CEB)
- AFFECTIVE ENTRY BEHAVIOR (AEB)
- QUALITY OF INSTRUCTION (QI)

                  ii.            Interaksi ketiga-tiga elemen saling berkaitan. Bloom berpendapat:

Sekiranya QI berkesan, ia akan mengubah CEB serta AEB dan mencerminkan hasil akhir pembelajaran.

Sekiranya CEB tiada, ia akan mengubah AEB dan meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar walaupun QI lemah.

            Prosedur ML

            ML dirangka untuk pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu serta berpusatkan guru. Membantu pengajaran secara individu dengan menyadiakan bantuan apabila dan di mana pelajar menghadapi masalah. ML sesuai untuk mengajar kemahiran asas, konsep dan fakta.

      Model ML:

                                i.            Strukturkan kandungan pelajaran.

- tentukan matlamat atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu dicapai, melibatkan penentuan kemahiran-kemahiran yang berkaitan , konsep dan idea penting yang murid perlu pelajari.
- Kandungan “kecil” pelajaran perlu disusun secara urutan (pelajaran unit awal adalah merupakan “prerequisites” kepada unit berikutnya)
Contohnya:
Murid program intervensi perlu diajar unit-unit asas bahasa- maksud atau konsep perkataan, bunyi vokal, bunyi konsonan, gabungan vokal-konsonan, perkataan, ayat mudah dan lain-lain.

Setiap unit melibatkan komponen-komponen berikut:

a.      Arahan kumpulan

- aktiviti guru-guru memberi arahan lisan atau aktiviti mengenalkan kemahiran dan konsep, membina perkastaan dan latih tubi.
-          aktiviti murid- urutan aktiviti yang membolehkan murid berlatih atau mempraktikkan kemahiran.

c.       Ujian Formatif

-          satu set bahan ujian bagi mengenalpasti murid telah menguasai kemahiran atau mengdiagnos “kesilapan” yang dilakukan dalam proses pembelajaran.

d.      Langkah pembetulan atau pengkayaan

- aktiviti atau latihan tambahan – permudah dan digunakan strategi alternatif bagi murid yang lemah.
-          aktiviti pengkayaan- merupakan ganjaran kepada murid yang berjaya ujian formatif.

d.      Ujian “criterian- referenced”

- menentukan “standart” tertentu bagi menilai penguasaan ML selepas setiap unit atau beberapa unit pelajaran.

                              ii.            Menetukan “criterion-referenced”

-paras paling minimum perlu ditentukan bagi mengenalpasti penguasaan murid bagi setiap unit.
-          kebiasaannya kejayaan 80%-85% hasil ujian. Kajian Block (1970) mendapati penguasaan 85% bagi setiap kemahiran akan membolehkan pencapaian yang optima kepada kemampuan kognitif dan penghasilan yang efektif.

                            iii.            Pengajaran secara kelas

- perkara yang sukar dilakukan oleh guru ialah menyediakan arahan dan kaedah dan kandungan pembelajaran yang sesuai kepada majoriti murid.
-          Tiada had tertentu terhadap jenis kaedah yang boleh digunakan – bebas dan pelbagai alternatif.

                            iv.            Ujian Formatif

- Disediakan bagi setiap kemahiaran atau unit pelajaran.
- Boleh dijalankan secara formal atau tidak formal.
-          Untuk mengenalpasti masalah tertentu dan tindakan pembetulan segera.

                              v.            Langkah Pembetulan

- bagi murid yang belum menguasai setiap kemahiran asas sebelum ke peringkat berikutnya.
- melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif.