Tuesday, 3 July 2012

MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN


Definisi
                
            Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran. Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan fizikal, intelek, emosi dan sosial.

            Murid-murid ini juga mempunyai keistimewaan yang berbeza dari segi bakat, kebolehan dan kemampuan, seterusnya memerlukan program pendidikan khas untuk mengoptimakan potensi mereka.

            Kementerian Pendidikan malaysia mendefinisikan Murid dengan Keperluan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah merupakan golongan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan  yang boleh mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan- kebolehan berikut:

a.       Kebolehan kognitif
b.      Tingkah laku sosial/ perkembangan sosial
c.       Penguasaan membaca
d.      Penguasaan bahasa lisan/ pertuturan
e.       Kemahiran perkembangan
f.       Kemahiran Matematik

2.3.2 Jenis-jenis bermasalah pembelajaran

            Murid-murid bermasalah pembelajaran dikategorikan kepada:

Ó  Sindrom Down
Ó  Autisme
Ó  Haiperaktif
Ó  Terencat akal
Ó  Disleksia
Ó  Pintar cerdas
Ó  Masalah pertuturan
Ó  Masalah Emosi
Ó  Spina Bifida
Ó  Masalah tingkah Laku

2.3.3 Ciri-ciri bermasalah Pembelajaran

            Ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pemobelajaran dapat dibahagikan kepada ciri-ciri umum dan ciri-ciri mengikut kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

            Ciri –ciri umum kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga ciri utama iaitu:



a.       Ciri-ciri fizikal

Ó  Bentuk badan, berat badan, dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

b.      Ciri-ciri intelek

Ó  Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang generalisasi, kemahiran bahasa, kebolehan dalam bidang pengamatan dan pengkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif

Ó  Kesedian belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun lebih.

c.       Ciri-ciri sosial dan peribadi

Ó  Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
Ó  Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka.
Ó  Sikap dan nilai sosial mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa
Ó  Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment