Thursday 5 July 2012

Definisi Autism

Definisi Autism

Buku terbitan PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd. “APA ITU AUTISM” yang ditulis oleh K.A.RAZHIYAH membawa pembaca mengenali kanak-kanak autism dengan lebih dekat lagi. Autism berasal daripada perkataan  Greek iaitu autos yang membawa maksud diri sendiri dan isme yang bermaksud suatu aliran. Selain itu, autism ini juga merupakan keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak Autism mempunyai imaginasi yang tinggi sehinggakan kanak-kanak tipikal tidak dapat memikirkannya. Hal ini menyebabkan mereka lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan orang lain.

            Selain itu, Autism adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa. Punca kepada masalah ini masih lagi tidak diketahui. Antara contoh tingkah laku yang luar biasa ialah tingkah laku yang berulang-ulang (repetitive behaviours) seperti menggoyangkan badan,  pukul tangan dan sebagainya. Kanak-kanak Autism mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadang kala mereka tidak faham apa yang dilihat dan apa yang didengar. Contohnya, sekiranya kita bertanya nama mereka, mereka tidak tahu apa itu nama dan tidak mengendahkan apa yang kita cakapkan.

            Dapatan daripada internet pula mendefinisikan Autism sebagai satu gangguan perkembangan yang kompleks yang gejala-gejalanya meliputi perbezaan dan ketidakmampuan dari dalam pelbagai bidang seperti kemampuan komunikasi, sosial, kemampuan motor kasar, motor halus dan kadang kala kemampuan intelektual. Mereka dikatakan tidak tahu cara yang betul untuk berkomunikasi seperti kanak-kanak tipikal kerana mempunyai masalah sosial yang teruk. Sesetengah kanak-kanak Autism mempunyai kemampuan intelektual yang sangat mengagumkan tetapi mengikut apa yang mereka suka dan ada juga yang mempunyai kemampuan intelektual yang teruk di mana mereka suka menyendiri dan sangat pasif. Mereka tidak boleh mengubah benda yang mereka suka jka diubah masalah tingkah laku akan berlaku.

            Jurnal AUTISM : SATU PENGENALAN oleh Vijayen Gopal, Jabatan Pengajian Melayu menyatakan bahawa Autism ialah satu fenomena yang baru di Malaysia berbanding dengan perkembangan bidang ini di Negara-negara Barat. Eugen Blueler ialah orang yang pertama sekali menggunakan perkataan autism yang merujuk kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar. Kini, istilah autism merujuk developmental disorder atau masalah perkembangan. Mereka yang mengalami Autism ini tidak bergaul dengan orang lain hanya berada dalam dunia mereka sahaja.

Menurut kamus perubatan, autism ialah penyerapan dalam fantasi sebagai pelarian daripada reality. Definisi ini lebih merujuk kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak Autism. Selain itu, menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder, 1994 :
“Autism is considered to be a pervasive developmental disorder of the brain functions which prevents a person from organizing and understanding information transmitted by their senses. It can cause a person to withdraw into own self and can affect social interactions with the outside world dramticall.”
Melalui definisi di atas ternyata bahawa autism ialah satu fenomena yang serius dan akan tetap wujud pada mereka yang autism sehingga ke akhir hayat walaupun perubahan tingkah laku positif boleh berlaku. Menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder lagi autism ialah sejenis keadaan ketidakupayaan yang agak serius terhadap perkembangan yang amat ketara dalam tiga tahun pertama dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Autism juga dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi. Kadar kejadian autism ialah 16 kes dalam 10,000 kelahiran.

Autism didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia (NASOM) :
Autism adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu Autism mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain.”

No comments:

Post a Comment