Thursday, 5 July 2012

Definisi Kerencatan Akal

Definisi Kerencatan Akal (Mental Retarded)

Kerencatan akal merupakan salah satu keadaan di mana seseorang individu tidak dapat mengawal atau menggunakan sebahagian otot tubuh dalam keadaan yang normal. Hal ini berlaku disebabkan oleh berlaku kerosakan pada bahagian otak. Secara tidak langsung, kerosakan pada otak tersebut menyebabkan seseorang individu mengalami kurang upaya perkembangan dan kerencatan intelek. Apa yang paling penting untuk diketahui adalah kerencatan akal boleh dikesan dalam usia 18 tahun ke bawah. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, nisbah manusia normal berpotensi menghidapi masalah kerencatan akal adalah 3 : 100. Manakala, nisbah bagi kanak-kanak berkeperluan khas pula adalah 1 : 10. Umumnya, kanak-kanak yang mengalami masalah kerencatan akal ini mempunyai tahap IQ (Intelligent Quotient) yang kurang daripada 70. Ini jelas menunjukkan bahawa sisihan piawai dan peratusan kecerdasan intelek kanak-kanak tersebut masing-masing adalah  negatif tiga (-2) dan 13.59% dan mungkin kurang daripada nilai itu. Dalam hal ini, terdapat beberapa definisi yang mentakrifkan makna kerencatan akal.

The Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) pada tahun 2004 menyatakan bahawa,

“ Mental retardation is a significantly subaverage general intellectual functioning existing concurrently with deficits in adaptives behaviour and manifested during the developmental period that adversely affect a child’s educational performances.”
                           (The Individuals with Disabilities Educational ACT : 2004)

Berdasarkan definisi di atas, dapat kita fahami bahawa kerencatan akal adalah suatu keadaan di mana fungsi intelek seorang kanak-kanak berada di bawah nilai purata intelek yang biasa dan wujud dengan ketara.  Ia berlaku serentak dengan kemerosotan tingkah laku adaptif dan dimanifestasikan semasa tempoh perkembangan seterusnya mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh itu, jika seseorang kanak-kanak mempunyai nilai kecerdasan intelek (IQ) di bawah nilai purat biasa tetapi tidak berlku kemerosotan tingkah laku adaptif, maka mereka tidak boleh dikategorikan sebagai terncat akal dan begitu juga sebaliknya. Tingkah adaptif pula merujuk kepada tingkah laku yang boleh memenuhi norma kehidupannya seperti menguruskan diri sendiri.

 Menurut Dr Iean Hamzah Sendut dan Prof Dr Zulkifli pula, mereka berpendapat bahawa,

            “kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai keupayaan pemikiran yang rendah dan berkurang serta bermasalah dalam pembelajaran. Bagi yang berada di tahap teruk (severe), mereka tidak boleh berjalan, bercakap dan menguruskan diri. Bagi yang berada di tahap sederhana (moderate) pula, mereka menghadapi masalah untuk belajar menguruskan menguruskan diri.”
                                                                          (Malaysian Pediatric Association)

Menurut pendapat di atas pula, kanak-kanak terncat akal adalah mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan keupayaan kanak-kanak tipikal. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berada di tahap ringan (mild), keupayaan mereka boleh ditingkatkan jika intervensi dilakukan secara konsisten walaupun memakan masa yang lama dan bagi sangat teruk (profound), pemulihan secara khusus perlu dilakukan kerana kanak-kanak yang berkaitan benar-benar tidak berkeupayaan dari segi intelek dan tingkah laku pengurusan diri.
            
Selain itu, American Association on Mental Retardation (AAMR) mendefinisikan kerencatan akal sebagai,

“ Mental retardation is a significant character disabilities on intellectual functioning and adaptives behaviour.”
(Definition and Terminology : Luckasson, Bortwick, Buntinx, Craig and Reeve et al)

Sehubungan itu, kerencatan merupakan satu masalah apabila ketidakupayaan karakter berlaku serentak dengan kurang upaya dalam tingkah laku adaptif. Jelas di sini, masalah kerencatan adalah berkaitan dengan kefungsian otak. Apabila otak tidak dapat berfungsi dengan baik atau berlaku gangguan pada sistem saraf otak (neurological disorder), risiko untuk seorang kanak-kanak menjadi terencat akal adalah sangat besar.

Berdasarkan ketiga-tiga definisi di atas, dapat simpulkan bahawa kerencatan akal disebabkan oleh kegagalan fungsi otak. Kesannya, fungsi mental seorang kanak-kanak akan menjadi terbatas lalu menimbulkam masalah pengawalan emosi. Emosi menjadi tidak seimbang sehingga menyukarkan individu yang terencat akal untuk bergaul dengan individu lain. Malah, gangguan kognitif turut berlaku di mana mereka akan lambat untuk menerima maklumat yang disampaikan dan sukar untuk memahami konsep yang kompleks. Jadi, mengenalpasti sama ada seorang kanak-kanak adalah terncat akal adalah sangat penting agar mereka boleh diberi pendidikan yang sesuai dengan tahap intelek masing-masing.

No comments:

Post a Comment