Tuesday, 3 July 2012

Jenis-jenis masalah penglihatan


JENIS- JENIS MASALAH PENGLIHATAN
    1.       Low Vision/ penglihatan terhad


Low vision boleh didefinisikan sebagai kecacatan penglihatan yang tidak sepenuhnya iaitu apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70 iaitu kurang daripada 20%. Menurut World Health organization (WHO) dan Norini Salleh (1993) telah mengistilahkan kerabunan/ low vision sebagai mempunyai baki penglihatan (residual vision) yang signifikan.

Penglihatan terhad didefinisikan sebagai signifikan terhadap penurunan tahap pengupayaan penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau keadaan penglihatan kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993). Masalah penglihatan biasanya meliputi ketajaman penglihatan, keluasan penglihatan dan pengamatan penglihatan. Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat sesuatu benda dengan jelas. Keluasan penglihatan bermakna luasnya kawasan yang dapat dilihat sekiranya mata dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan penglihatan bermaksud pentafsiran penglihatan yang diproses di dalam otak untuk mengenal pasti konsep ruang. Kedudukan atau orentasi objek sama ada terbalik atau tidak. Penglihatan terhad terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:


                               I.            Miopia/ rabun jauh


Objek dekat saja dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu panjang atau kuasa kanta mata yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu dihadapan retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cekung yang memapah cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina ( Hallan dan Kauffman, 1994)

                            II.            Hiperopia/ rabun dekat


Objek jauh dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu pendek ataupun kuasa kanta mata yang terlalu rendah. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu di belakang retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung yang menumpukan cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina (Hallan dan Kauffman, 1994)

                         III.            Presbiopia


Masalah ini disebabkan kekenyalan kanta mata dan biasanya berlaku di kalangan orang tua. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta Bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.

                         IV.            Astigmatisme


Cahaya tidak dapat difokuskan pada titik yang sama. Kecacatan ini boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata berkanta bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.

                            V.            Rabun warna


Rabun warna bukanlah merupakan kerabunan tetapi kecacatan penglihatan yang menyebabkan seseorang yang mengalaminya tidak dapat membezakan warna khususnya warna asas. Ia adalah kecacatan keturunan yang aneh yang melibatkan kira-kira 8% lelaki dan 0.4% perempuan (Norini Salleh, 1993). Orang yang menghadapi rabun warna sering mengalami kesulitan untuk membezakan di antara warna merah dan hijau. Ujian mengesannya mudah dilakukan iaitu dengan menunjukkan beberapa plat buku yang mengandungi titik berwarna yang berbeza untuk dijadikan nombor tertentu. Nombor-nombor ini akan disalahtafsirkan oleh orang yang rabun warna. Terdapat tiga jenis rabun warna iaitu dichromat (merah-hijau), dichromat (kuning-biru), dan monokromat hanya menggunakan satu warna untuk menghasilkan warna-warna pelangi.

                         VI.            Rabun malam


Ia adalah kecacatan disebabkan oleh keturunan. Ia sukar dikesan dan mungkin menjejaskan pekerjaan seseorang. Keadaan ini tidak dapat dirawat.

                      VII.            Penglihatan terowong

         Penglihatan yang terhad. Hanya sebahagian saja objek yang dapat dilihat.

                   VIII.            Strabismus (juling)


Oleh kerana tidak ada koordinasi di antara otot-otot mata menyebabkan mata tidak lurus, tetapi bertemu di atas, terpesong keluar atau tegak ke atas atau ke bawah. Oleh itu tidak dapat memfokuskan pada satu tang sama. Juling boleh dikesan apabila bayi berumur enam bulan apabila penglihatannya kabur.

                         IX.            Ambliopia (mata malas)


Masalah ini mungkin disebabkan juling. Salah satu mata tidak dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, penglihatan menjadi kabur dan menimbulkan kekeliruan. Keadaan ini boleh dirawat sebelum umur tujuh tahun.

                            X.            Glaukoma


Masalah ini disebabkan tekanak pada biji mata yang memusnahkan urat saraf mata dan seterusnya menjejaskan penglihatan. Biasa dialami oleh orang yang berusia 40 tahun ke atas.

                         XI.            Diplopia


Mereka yang menghadapi masalah ini akan mengalami masalah di mana semua objek nampak dua.

                      XII.            Albinisme


Mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif pada sinaran cahaya. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh keturunan.

 Ciri-ciri masalah penglihatan atau buta.


            Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan yang teruk biasanya dapat dikesan dari peringkat pra sekolah dan persekolahan sebenarnya.
Hewett udan Forness (1974), menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku, dan aduan. Ini diakui oleh The uNational Society For The Prevention Of Blindness (1972), pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:

a)           Rupa

Kanak-kanak yang cacat penglihatan adalah berbeza daripada kanak-kanak normal seperti berikut:

                               I.            Matanya sangat sensitif pada cahaya.
                            II.            Bahagian tepinya berwarna merah.
                         III.            Kelopak matanya bengkak
                         IV.            Matanya selalu berair
                            V.            Juling iaitu memutarkan matanya bila melihat
                         VI.            Bintik-bintik putih di tengah mata.


b)          Tingkahlaku

Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan juga boleh dikesan melalui:

                               I.            Menggosok dan mengerdip mata dengan berlebihan
                            II.            Selalu mengerutkan mata
                         III.            Suka menutup dan melindungi sebelah mata
                         IV.            Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu mata.
                          V.            Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan   objek pada mata
                         VI.            Kerap menangis
                      VII.            Memegang kepala dengan cara luar biasa
                   VIII.            Kerap melanggar sesuatu dan terjatuh apabila berjalan.

c)           Aduan

Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya kan menyatakan tidak puas hatinya untuk mendapatkan perhatian. Ciri-ciri bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan penglihatan ialah:

                               I.            Mengadu melihat objek yang tidak jelas atau nampak
                            II.            Merasa sakit kepala bila membuat sesuatu kerja
                         III.            Pandangan sentiasa kabur
                         IV.            Mengadu nampak dua imej pada sesuatu (double vision)

2.1.4 Ciri-ciri kanak-kanak Low Vision/ penglihatan terhad

            Masalah penglihatan boleh dialami oleh kanak-kanak, tetapi keadaan itu sukar dikesan pada peringkat awal. Ini kerana kanak-kanak tidak memahami masalah itu dan tidak tahu bagaimana menyatakan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan terhad biasanya dapat dikesan pada peringkat prasekolah, tetapi kecacatan yang sepenuhnya mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah. Hewett dan Forness (1974) menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku dan aduan. The National Society For The Prevention Of Blindness (1972) pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:

a)           Rupa

Mata kanak-kanak bermasalah penglihatan terhad adalah berbeza dengan kanak-kanak normal antaranya ialah:

                               I.            Sentiasa mengerdip dan menggosok mata.
                            II.            Penglihatan kabur dan kadang kala menjadi dua imej
                         III.            Juling iaitu memutar-mutar matanya bila melihat sesuatu
                         IV.            Kelopak mata keras, bengkak dan merah di keliling.
                            V.            Bahagian tepi matanya berwarna merah
                         VI.            Mengadu sakit mata kadang kala mata selalu berair kerana terlalu sakit
                      VII.            Katarak- bahagian anak mata berbintik putih, berkabut dan kelam
                   VIII.            Mata yang terlalu sensitif kepada sebarang cahaya.

b)          Tingkahlaku

Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan juda boleh dikesan seperti:

                               I.            Selalu mengerut mata dan bahagian kening
                            II.            Suka menutup dan melindungi sebelah mata
                         III.            Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu objek
                         IV.            Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan objek kepada mata.
                            V.            Kerap menangis
                         VI.            Kerap melanggar tiang-tiang dan tunggul sewaktu berjalan
                      VII.            Memegang kepala dengan cara luar biasa
                   VIII.            Suka memicit dan mencucuk matanya untuk melihat sesuatu
                         IX.            Meniru ketika berada berada di dalam kelas
                            X.            Mata cepat letih
                         XI.            Sering tersandung dan terjatuh apabila berjalan, menaiki atau menuruni tangga.

c)              Aduan

Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya akan menyatakan perasaan tidak puas hati supaya mendapat perhatian. Tanda-tanda aduan yang dapat diperhatikan seperti:

                               I.            Mangadu kerana tidak dapat melihat dengan jelas
                            II.            Berasa sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja
                         III.            Pandangan kabur
                         IV.            Mengadu nampak dua imej pada suatu objek
                            V.            Mengadu suasana manjadi gelap apabila awan mendung
                         VI.            Mengadu sakit mata sehingga kadang kala mata berair
                      VII.            Pelajarannya kurang memuaskan

 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

Kaedah pengajaran dan penmbelajaran bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan agak berbeza dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran walaupun kanak-kanak bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran melalui arus perdana. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi penyampaian sesebuah matapelajaran dan kaedah yang dipilih oleh guru dalam program pendidikan khas bermasalah penglihatan. Kaedah–kaedah yang dipilih adalah seperti berikut:

Ó  Kemahiran mendengar dan menggunakan deria lain.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan hanya tidak dapat melihat atau tidak melihat dengan jelas tetapi mereka mempunyai daya pendengaran yang agak tinggi. Maka mereka menggunakan daya pendengaran untuk mempelajari pelbagai matapelajaran. Selain menggunakan daya pendengaran, mereka juga menggunakan deria mereka yang lain seperti tangan. Mulut dan deria rasa untuk menjalankan tugasan atau kerja yang diberikan oleh guru mereka.

Ó  Pengubahsuaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Guru akan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran mengikut keupayaan kanak-kanak bermasalah penglihatan. Contohnya, guru akan mengajar menulis dengan menaip menggunakan Braille. Ini akan memudahkan kanak-kanak bermasalah penglihatan bagi menulis nota atau menyiapkan kerja yang diberikan oleh duru mereka.

No comments:

Post a Comment